”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saturday, February 9, 2008

Unit Sekolah Menengah

PPD Barat Daya, Pulau Pinang.

Mulai 16 Februari 2008, Pejabat Pelajaran Daerah Pulau dipecahkan kepada dua PPD iaitu PPD Timur Laut dan PPD Barat Daya.

PPD Timur Laut kekal di pejabat lama PPD pulau ia itu di Jalan Sultan Ahmad Shah, manakala PPD Barat Daya akan beroperasi di bangunan sementara Tingkat 3, Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Jalan Permatang Tepi, Balik Pulau.

Mulai 18 Februari 2008, buat permulaan cuma urusan pertukaran murid sekolah rendah dan sekolah menengah akan mula diuruskan di pejabat ini.

Untuk proses permohonan pertukaran guru Dalam Daerah dan Antara Daerah, kaedah permohonan adalah seperti prosedur ISO yang telah ditetapkan. Borang-borang permohonan serta dokumen-dokumen sokongan hendaklah disokong oleh Pengetua Sekolah dan dihantar ke PPD masing-masing. Pihak PPD akan panjangkan permohonan tersebut ke JPN seperti tarikh yang ditetapkan. Sila patuhi tarikh tutup permohonan seperti pekeliling peringatan yang dikeluarkan oleh JPN.

Untuk permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, guru-guru boleh memohon terus secara On-Line melalui talian yang dibuka oleh Bahagian Sekolah KPM. Taklimat dan tarikh buka /tarikh tutup permohonan akan diberitahu tidak lama lagi oleh KPM dan JPN.