”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Wednesday, January 14, 2009

Maklumat Kedudukan Guru, Kelas dan Murid

1. Sila kemukakan segera data Kedudukan Bilangan Guru, Kelas dan Murid melalui link Data Online di sebelah.
2. Data kedudukan Minggu Pertama hendaklah segera dikemukakan ( tidak lewat daripada tarikh 16 Januari 2009).
3. Sila kemaskini data setiap bulan sebelum 3 haribulan.

Kerjasama semua sekolah sangat diharapkan.
Terima kasih.

Tuesday, November 25, 2008

Pengesahan ke Tingkatan 1 / Peralihan


Peringatan

1. 15 Disember 2008 - Pengesahan dan Rayuan Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

2. 16 Disember 2008 - Tarikh tutup rayuan

3. 17 Disember 2008 - 12.00th Borang P09, Borang RT1,Disket dan Dokumen Rayuan sampai di PPD

4. 17 Disember 2008 - 12.00th Data Rayu.zip diupload ke
http://rayusmjpnpp.blogspot.com

5. Pastikan disemak keputusan UPSR untuk menentukan kemasukan murid ke Tingkatan 1 atau Peralihan.

Saturday, November 1, 2008

Taklimat Penempatan Murid Ke Tingkatan 1

Taklimat ini akan diadakan pada:-

Tarikh: 10 November 2008 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah

SMK Lelaki Methodist
Jalan Air Itam, P.Pinang.

Semua PK HEM Sekolah Menengah diminta hadir.

T.Kasih.

Friday, May 23, 2008

Pengumuman Penting

Sila pastikan data sekolah anda ( SMM,BMM,SSDM,EMIS,D0 dan lain-lain ) dimuatnaik (upload) terus melalui link yang disediakan . Jangan sekali-kali email data anda kepada pihak lain yang tidak berkenaan. Awas! Data sekolah adalah sulit.

Sunday, March 23, 2008

e-GTukar

1. Pemohonan Pertukaran Guru Antara Negeri secara online akan dibuka mulai 1hb April hingga 30 hb April 2008.
2. Permohonan ini adalah untuk pertukaran 1 Jun 2008.
3. Keputusan pertukaran dijangka boleh diketahui mulai 23hb Mei 2008.
4. Sila ke alamat berikut untuk mendaftar dan mengisi maklumat pertukaran di http://apps.emoe.gov.my/epgo/ atau klik pada link e-GTukar di sebelah.

Saturday, February 9, 2008

Unit Sekolah Menengah

PPD Barat Daya, Pulau Pinang.

Mulai 16 Februari 2008, Pejabat Pelajaran Daerah Pulau dipecahkan kepada dua PPD iaitu PPD Timur Laut dan PPD Barat Daya.

PPD Timur Laut kekal di pejabat lama PPD pulau ia itu di Jalan Sultan Ahmad Shah, manakala PPD Barat Daya akan beroperasi di bangunan sementara Tingkat 3, Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Jalan Permatang Tepi, Balik Pulau.

Mulai 18 Februari 2008, buat permulaan cuma urusan pertukaran murid sekolah rendah dan sekolah menengah akan mula diuruskan di pejabat ini.

Untuk proses permohonan pertukaran guru Dalam Daerah dan Antara Daerah, kaedah permohonan adalah seperti prosedur ISO yang telah ditetapkan. Borang-borang permohonan serta dokumen-dokumen sokongan hendaklah disokong oleh Pengetua Sekolah dan dihantar ke PPD masing-masing. Pihak PPD akan panjangkan permohonan tersebut ke JPN seperti tarikh yang ditetapkan. Sila patuhi tarikh tutup permohonan seperti pekeliling peringatan yang dikeluarkan oleh JPN.

Untuk permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, guru-guru boleh memohon terus secara On-Line melalui talian yang dibuka oleh Bahagian Sekolah KPM. Taklimat dan tarikh buka /tarikh tutup permohonan akan diberitahu tidak lama lagi oleh KPM dan JPN.